Saturday, November 13, 2010

Our true love story {CST PRODUCTION}


Kisah cerita kami tak sebahagia macam pasangan lain utk tahun pertama. Kami bahagia dalam 3bulan pertama sahaja. Selepas itu, sampai lah ke setahun, baru kami kecapi bahagia macam pasangan lain. Tu pun buat aku trauma seketika.



Perkenalan kami memang tak dirancang. Semuanya daripada kawan, Kawan aku, kawan dia juga. Biarlah aku gelarkan die Miss S. Asal nak jumpa, mesti tak de rezeki. Aku sampai kat clubhouse (Miss S, die kerja kat kedai runcit clubhouse tu), si dia da pergi kelas. Dia sampai, aku baru je balek. 3 kali benda ni jadi. Akhirnya, rezeki kami jumpa antara satu sama laen.

Pagi tu, aku, si dia, Miss S dan Mr B(kawan si dia), kiteorang pergi br8fst sama2. Aku byk diam je masa tu, dgr je dorang borak. Dalam hati, aku berkata;


"ni ke yg Miss S dok cakap2 tu? Biasa jee." :D


Kiteorang tak bnyak cakap wlaupun dia ade tnya nama, blaja mane, ddk kt mane..

Masa tu bak kate die la skang;


"U bajet poyo masa tu"

"Tapi taste u juga" kataku.


Miss S slalu kenakan kiteorang. Sakat2, tpi kiteorang denykan. Sampaikan 1 hari, si dia ajak keluar pergi perasmian animation dekat hotel ampang (aku lupa nama hotel tu). Tu pun die mintak izin dengan Miss S utk bawa aku keluar. Haha

Masa tu baru la ade keserasian antara kiteorang berdua. Masa tu juga, terkeluar bebelan aku ni, si dia hanya senyum je. Kang aku diam, kejang dua-dua kang. Lepas je abes functions, si dia ajak g makan aiskrim dan masa tu juga si dia tunjuk gentleman dia bukakan pintu kereta lagi. :D hehe


Tapi balik tu, kiteorang lapar kaw2 punya. Disebabkan teringatkan Miss S, kiteorang pun ajaklah Miss S makan skali, tapi laen pula jadinya. Miss S suruh si dia buat 2kali keje, di mana Miss S suruh si dia hantar aku balek dl, then patah balik anta Miss S balek. (cheras - ampang - cheras - putrajaya - bangsar- cheras). Disebabkan aku malas nk bertekak la dengan Miss S tu, aku decide yang suruh si dia anta je aku terus ke putrajaya. Masa tu juga, aku dapat surprise sekotak coklat cadbury dari sidia, tp pada masa yang sama, Miss S pujuk aku suh makan sekali dengan dorang, tpi aku tolak. Xmau. Si dia hanya tgk je dari jauh. Lepas je die anta ke putrajaya, aku x balek terus tapi bawa kereta membawa hati yang tersentap. Malam, pada masa yang sama hujan, aku stay je dalam kereta,dapat msj dari si dia.


"Dah makan? Sory pasal tadi. Tak tahu pulak jadi macam tu. Tapi happy sangat2 hari ni dapat kluar dengan dia", msj dari si dia.

"Owh. Da makan da. Thanks tau bg coklat tu. Suke!", aku membalas. Sedangkan aku makan ati, dengan perut gastrik lagi.

"Ooo. Makan tau nnt coklat tu.", katanya.


Pada masa tu, tanpa sedar, si dia da menaruh hati kat aku, walaupun hakikatnye sebelum ni, si dia segan dengan perempuan.

Hari berlalu pergi, pejam celik pejam celik, da 3bulan kiteorang berkawan. Tapi sapa sangka, air yang tenang, jgn di sangka tak de buaya. Rupanya2, dlm diam2, Miss S suka kat sidia. Tapi bila kawan2 yang laen tnya, Miss S denykan. Sampaikan kiteorang perasan bila, si dia semua suh turun kereta sbb nk parking, tapi aku x turun, sbb nak tgglkan purse dlm kete (malas nak bawa), masa tu da nmpk mimik muka Miss S berubah. Diam seribu bahasa. Ramai kate, die jeles. Tapi aku buat x tau sbb xkan tiba2 kot. Masuk bulan keempat, tiba2 Miss S berubah. Apa yang aku ngn si dia buat, die xsuka. Makin lama makin menjadi2. Sampailah Miss S msg aku yang bukan2, kate yang rahsia si dia, rahsia dia juga.


Masa tu juga la aku berbelah bahagi, mane satu nak dengar yang benar, mane satu yang salah. So, demi nak jaga hati si dia, dan juga Miss S tu (sbb aku da giveup kene ugut, msg merapu2 ngn si Miss S tu), aku tarik diri.

Makin lama, makin jauh aku dengan si dia. Dalam 3 bulan la juga. (masa ni da masuk 6bulan kenal da.) Msg pun da makin jarang sampaikan sidia kate, si dia x mau da kacau aku. Dan pada masa tu juga, Miss S pun bawa diri(tu aku x tau). Pada awal januari, ntah macam mn, si dia msg tiba;


"masa nk balik nant (balek dari klas), singgah clubhouse jap. nak bagi somethings la",

"ok.", aku reply.


Bila da smpi chouse, nmpk si dia, mmg aku x rasa pape. masa biasa je. tak tahu kenapa. Si dia invite g rumah hujung bulan januari sbb ade kenduri doa selamat. (Skang ni, sidia kate, sidia nekad, tu peluang terakhir. Kalau ade jodoh, ada la.) Start dari situ, kiteorg jumpa tanpa gangguan Miss S da. Sampailah masa kenduri doa slamat kat rumah si dia tu, si dia kerap msg tnya aku jadi ke x pergi rumah die masa tu. Aku kate x de trasnsport, but si dia msg, suruh dtg, dtg, dtg, tapi aku dengan alasan aku, xde transport. Dalam pukul 8mlm mcm tu, die msg, kate da smpai depan rumah.

Aku terkejut! Siap berjemput. Bila da sampai kt rumah si dia, mmg kena sakat. Dan aku pun xtau nape tgn sejuk masa tu.

Bermula dari situ, kiteorang makin rapat dan rapat, sampaikan die ade propose, tapi aku tolak mentah2, sebab, aku xbersedia lagi dan x rasa pape kat dia. Tapi aku tau, die nanges bila dgr jawapan aku masa tu, aku cold kan die, kalau ade rezeki, ade jodoh, insyaALLAH. Dan sapa sangka, satu malam tu, tanpa sedar, aku tersebut nama dia. OMG! Tgk balik msg2 die, aku tersenyum sipu. Apakah ini dinamakan rindu? haha. Hanya DIA je yang tau. Lepas tu, kiterg rapat. Tapi xde declare secara rasmi. Hanya dengan 3kuntum bunga secara surpise di hari valentine. I sayang u, u sayang i, da memadai :)



Ku sangkakan hujan smpi ke petang, rupanya hujan ditengahari. Dalam 3bulan (masa ni da bulan ke 9 kiteorang kenal, tapi baru 3bulan serius) kiteorang bahagia, masuk bulan ke4, kiteorang diuji macam2 dugaan sehinggalah setahun. Ade yang dengki, yang x suka, konon aku kacau pembelajaran si dia etc. Tapi si dia selalu motivated aku, semua yang jadi mungkin ada hikmah. Sampaikan dia slalu tnya, aku sanggup lagi dengan dia ke x? aku kate aku sanggup. yang nk kawen dgn die, aku, bukan orang laen. lepas setahun berlalu, membuatkan aku trauma. kiteorang x mcm pasangan laen, kiteorang jumpa curik2. lame2, DIA tunjukkan kebenarannya. Skarang, alhamdulillah, da nak masuk 3 tahun kami bersama. restu dari kedua-dua family pun dah. InsyaALLAH ALLAH permudahkan jodoh kami. Ade rezeki, sampailah jodoh kami.



U, terima kasih sebab bg kasih sayang u kat i, bg spirit kat i, susah senang suka duka bersama dengan i dan yang kita lalui. ALLAH permudahkan segalanya kan u. :)

Wlupun u x sesempurna mane, tapi kasih sayang, keikhlasan, gelak tawa, kesetiaan u yg i nak. :)



I buat ni utk kenangan kite dan juga utk http://www.facebook.com/cstproduction

0 comments: