Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Syukur ke hadrat ilahi, ketemu juga kite dibulan Ramadhan yang mulia nie. Arini, 1ramadhan = 22Ogos'09. Kejap je, pejam celik pejam celik, da masuk bulan puasa. InsyaAllah, tahun nie, tahun terakhir aku berpuasa as student, kalau xde aral melintanglah. Doa-doa la ye kawan-kawan. Dan juga, tanpa sedar, tahun terakhir sambut puasa dalam tahun "SA" (1-9). Tahun depan, dah 2010. Kejap je masa berlalu. Hurm..

Kadang-kadang, aku tak sedar, yang aku sambut puasa as student selama 3tahun dan juga tahun ke-2 dalam dunia blog. Teringat masa kecik-kecik dulu,zaman kanak-kanak la zaman yang paling best, lagi hari terakhir puasa, sampaikan masa nak tido pun, nak juga pakai baju+kasut raya bagai. Alangkah indahnya kalau masa boley di putarkan balik. Hurm..

Pada zaman kanak-kanaklah dapat puasa penuh, maen bunga api bagai, kadang-kadang, tak nak tido semata-mata nak tunggu pagi raya esoknye. Kelakar je bila aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu. Hehe..

Masa tu juga lah dapat puasa penuh+duet raya pun penuh la. Hahaha. Sekarang..? Alhamdulillah kalau dapat puasa penuh. Memang tak yah bagi duet raya la kat aku kalau dapat penuhkan. **berangan je lebey**

Adakah tahun ni tahun terakhir sambut puasa sebagai orang bujang bersama family atau sebaliknye..? Wa'Allahualam..

Kepada semua bloggers, selamat menjalani ibadah puasa, semoga ALLAH memberkatikannya. Jangan mis teraweh pulak eh, termasuk aku. Hahahaha

0 comments: