Saturday, August 29, 2009

Suspek H1N1

Aku baru kua dari hospital Pantai, Pantai Bharu.



Aku kena tahan wad kat ICU (kuarantin wad) coz suspek H1N1 selama 4hari. Nanti aku update cerita tu okey. Skang ni mahu rehatkan diri and kuarantinkan diri atas nasihat doc..

Tuesday, August 25, 2009

H1N1?


After sehari baik dari asma, aku diserang demam. Bajet kena virus selsema dari mama aku masa berbuka kat rumah nenek kat sg buloh tu. Almaklum lah, dah semua 4family berkumpul tuk berbuka sama-sama, memang best! 2hari aku kat sana, makin menjadi-jai tekak ni, mungkin kurang air kot, tapi bila dah berbuka, makan ubat, tak elok-elok juga batuk and sakit tekak nie. Hari ahad malam, after berbuka, entah tiba-tiba, tekak aku rasa laen. Selalunya, symtom-symtom macam ni menunjukkan aku nak demam. Oh noo! Aku dah lama tak demam.

Pagi Isnin nak sahur, aku memang tak larat, ingatkan tak nak g kelas, tapi terpaksa pergi juga sebab ade test. Suruh MRR hantarkan, kejadian pulak, dia pun ada kelas pagi tu. Mujurlah test aku kul 10-11am je, after test, nak tunggu MRR habis kelas kul 12pm, Mr M temankan aku kat open lab sementara die pun tunggu kelas kul 12pm. Selama sejam tu, lebey 10kali aku masuk toilet, muntah. Aku tak pernah rasa macam ni. Act, dari pagi lagi before gerak ke kelas lagi aku dah muntah, tapi nasib masa tengah buat test tu, xde pape, cuma batuk terlampau je la.


After MRR dah ambil aku kat kolej, terus pergi klinik kat Bandar Tasik Permaisuri. Before that, MRR drive-thru MCd belikan bubur n nugget tuk aku. Badan aku lemah sangat.
Makan bubur jap, then terus g klinik. Alhamdulillah, tak ramai orang, aku pesakit yang ke3. Masa tengah tunggu tu;

MRR: U ade pakej H1N1.
Aku: Noo.. Minta jauh laa. Tapi baca balek, (ada notis pasal H1N1) memang complete semunya.. Hurm..
MRR: Harap-harap tak de pape k.

Bila nama aku dipanggel, aku bagitau kat doc;

Doc: Kenapa ni?
Aku: Demam, batuk, selsema...
Doc: Dah berapa hari demam?
Aku: 3hari. Sebab, ari khamis saya kena asma, then jumaat dah ok, sabtu until now demam.
Doc: Hurm.. Ada makan ubat demam?
Aku: Tak de, lagipun doc bagi ubat batuk, lelah n kahak je. Makan ubat batuk pun, tak hilang-hilang batuk nie.
Doc: Jap, saya nak cek tekanan darah n suhu..

-----------------------------------

Aku: Lagipun doc, dari pagi tadi asyik muntah je, lebey dari 10x.
Doc: Hurm.. kalau H1N1, kite tak boley cek. Jap, saya nak ambil darah awak, takut denggi.
Aku: Erk?? Okey..
Doc: Macam ni, saya bagi awak ubat blablabla.. Then, kalau still lagi rasa muntah, esok awak datang balik.
Aku: Suhu berapa doc?
Doc: Suhu demam, 38 darjah Celsius.
Aku n MRR: Erk.. Okey doc, Terima kasih.


Balik tu, tunggu panggilan dari klinik tersebut nak tahu keputusan darah kan. Dalam kul 6pm, dorang call bagtau keputusan darah - NORMAL. Alhamdulillah.. Lega.

Arini, Suhu badan beransur sejuk dah, cuma, muntah je la. Pagi tadi muntah darah, senak kot perut asyik batuk. Arini juga dapat mc and pada masa yang sama, kelas semua cancel. Huhu.
Aku tengah siap-siap n tunggu MRR jemput nak g klinik semalam wat check-up lagi sekali.

-----------------------------------------------
Masa berbuka, (sedangkan aku da "buka" pagi lagi) adik-adik aku sakat aku, kate, jangan dekat dengan kaklong, H1N1 (kan aku demam). Mama aku bising, kate,mulut... kang jadi betul-betul kang, aku pun buka la cite, suhu aku 38, suspek H1N1 or denggi n blablabla, diam terus. Dalam kul 11pm, MRR datang rumah secara mengejut, bagi bubur n nugget Mcd lagi sekali. Thanks laling, i appreciate sangat2.


Saturday, August 22, 2009

Selamat Berbuka

Alhamdulillah. Seharian dah berpuasa, berbuka pun sudah, taraweh pun sudah, jum countdown - lagi 29hari tuk raya. Haha.. Giler excited! Belum tentu aku dapat capai target aku tuk berpuasa penuh. Haha..

Arini aku n family berbuka kat rumah atok aku kat Sg Buloh. Dia asyik call je suh buka kat sana, almaklum la, rindu teramat dengan cucu kesayangan dia tue, bukan aku hokey, but adek aku yang bongsu tu, the gediks man in myfamily. FAKTA! Haha..

Esok dah masuk hari kedua berpuasa. Alahai, kejap tul masa berlalu. Isnin ni tset, apa pun tak study lagi. Aiihh.. Guys, Selamat bersahur kembali. Hehe

Hari Pertama Sahur

Hari pertama sahur, of course la korang mesti excited sangat2 nak bangun kan, kan? Eleleleh..
Macam la i tak tau u, macam lah i tak pernah alaminya kot. Hahaha..

Macam aku juga, jangan kan hari pertama la, 3,4 hari pertama je excited nak bangun , masuk minggu ke-2 and until end of ramdhan, boley kirelah berapa kali je aku bangun sahur. Bukannya apa, kadang-kadang tu terlajak bangunlah, tak sempat nak sahurlah, makin lama, makin liat je nak bangun. Tapi aku kadang-kadang, takut terlajak sahur, sebelum tido aku dah isikan perut ni sket dengan makanan. Dulu boley la tahan, sekarang nie, aku ada gastrik yang teruk, tak tahu lah macam mana. But laling, u dont worry k, if i xtahan, i buka. I taknak usus perut i ni dipotong jadi pendek, and masa tu, boley makan bubur makan je sepanjang hayat. Tak mauu laa...

Sahur ni, mymom dah masak awal-awal tuk sahur before dia tido. Takut ada tak sempat nak masak kang bila bangun nanti. Aku tau, ada setengah parents korang yang boley masak masa nak sahur. My mom jarang lakukan sebegitu. Kalau jadi macam tu, kiteorang makan makanan orang bujang. Mujurlah mydad faham and tak cerewet sangat dalam bab-bab makan. Asalkan dapat sahur, alhamdulillah.





Sup daging.

Nape tak habeskan? Owhh. Aku jarang makan daging, ni pun badan dah bahang semacam and tekak dah gatal :(




Now, aku nk niat puasa, then tido sat, jap lagi nak g servis kereta. Lagipun semalam aku dapat tido kul 630pg, then kul 8 da bangun tuk kelas. Hampeh nye lipas, atok, bapak and cucu lipas kacau aku tidoq! Ish.. Tengok, tak leyt tido. Nak study tuk kuiz, mata pedih jee, bila pejamkan mata, xmau plak. Apa lagi, menghabiskan masa dengan main game di face-book. Hehehe.

Power Puff Gurl

Hahaha.
Korang pelik? Takyah nak kerut-kerut dahi tu. Kalau lelaki digelarkan sebagai Power Ranger, kami pulak Power Puff-Gurl. Sebab? Takkan nak letak Sailormoon. Tak padan kot sebab ade orang tu tinggi xcukup seperti Sailormoon. Hahaha.

Disebabkan sekarang berlakunya H1N1 dan aku pulak kurang sehat diserang asma, dengan bangganya, aku n geng-geng Power Puff-Gurl yang laen, bersepakat memakai mask masa pergi berjimba-jimba semalam. Tapi sayangnya, aku tak dan nak snap masa kat JJ tue, naseb teringat masa dalam kereta OTW nak balek.

PPG 1: Jum2 standby sume. Senyum tau.
PPG 2: Hotak hang, macam mana nak senyum, nampak mata je.
PPG 3: Hahahaha, buat je la aksi mata hot.
PPG1: Mengong!!


Hahaha.. Macam pakai purdah jee. Rimas taw dak. But aku tau perasaan yang memakai mask tu. Ada bangga, rimas dan yang best, kite gelak ke ngumpat ke, menguap ke, tak yah tutup mulut pakai tangan, mask kan ada. Kihkihkih...

Dan yang penting, terhindarnya bau mulut tu bila berpuasa.. Hehehe..

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Syukur ke hadrat ilahi, ketemu juga kite dibulan Ramadhan yang mulia nie. Arini, 1ramadhan = 22Ogos'09. Kejap je, pejam celik pejam celik, da masuk bulan puasa. InsyaAllah, tahun nie, tahun terakhir aku berpuasa as student, kalau xde aral melintanglah. Doa-doa la ye kawan-kawan. Dan juga, tanpa sedar, tahun terakhir sambut puasa dalam tahun "SA" (1-9). Tahun depan, dah 2010. Kejap je masa berlalu. Hurm..

Kadang-kadang, aku tak sedar, yang aku sambut puasa as student selama 3tahun dan juga tahun ke-2 dalam dunia blog. Teringat masa kecik-kecik dulu,zaman kanak-kanak la zaman yang paling best, lagi hari terakhir puasa, sampaikan masa nak tido pun, nak juga pakai baju+kasut raya bagai. Alangkah indahnya kalau masa boley di putarkan balik. Hurm..

Pada zaman kanak-kanaklah dapat puasa penuh, maen bunga api bagai, kadang-kadang, tak nak tido semata-mata nak tunggu pagi raya esoknye. Kelakar je bila aku teringat zaman kanak-kanak aku dulu. Hehe..

Masa tu juga lah dapat puasa penuh+duet raya pun penuh la. Hahaha. Sekarang..? Alhamdulillah kalau dapat puasa penuh. Memang tak yah bagi duet raya la kat aku kalau dapat penuhkan. **berangan je lebey**

Adakah tahun ni tahun terakhir sambut puasa sebagai orang bujang bersama family atau sebaliknye..? Wa'Allahualam..

Kepada semua bloggers, selamat menjalani ibadah puasa, semoga ALLAH memberkatikannya. Jangan mis teraweh pulak eh, termasuk aku. Hahahaha