WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan
mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia
meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana
WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
Saturday, February 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
sungguh mendalam......
the plot like i fammiliar with....tp xprnh mengalaminya.....
hopefully it won't happen 2 me n 2 u.....
hurm..
hopefully u.. :(
amin~
tak faham.. =.="
xfhm tang cerita tu ke or xfhm ape yg dicomment?
2 2 ... wink wink xplain skit
baca betul2..
nnt faham la..
mmg dasat r kalausape tau mane tulang rusuk tu..
kan mr R?
huhuhu
huh..sedihnyer..tapi si LELAKI boleh dapat balik WANITA dia sekiranya dia memujuk semula. dan, si WANITA tak perlu la cepat mahu berpisah..eventhough si LELAKI tidak terniat berkata begitu..hum..cam dalam realiti je.
bila bercinta, kawin besar-besaran meriah..tapi berpisah..tak sampai sebulan. umpama perkahwinan tu macam main2 je.
btw, buya curik post ni letak kat entry..hehehe bagi buyo baca. huhu
;p
jadi.. cik mira ni nak jadi tulang rusuk sapa?
AMIN....
mr R????
sape lak ni????ni yg jeles ni...hahahahaha....
tp insya Allah,nnt u akan jumpe gak pemilik tulang rusuk yg ad kt pd u 2.....
huhu.. no hal..
renungan bersama..
bg buyo insaf sket..
hahahaha
ntah la buya..
jaz mau share je entri ni..
huhu
Jcak::
ntah laa..
kite tunggu jee..
ajal maut jodoh pertemuan ALLAH yg tentukan..
hurm.
casper_86::
hahaha..
mr R tu geng u la..
wink wink.
insyaALLAH..
hurmm....saye tk taw maw comment cam mana' tkot nk ckp pasal tulang rusuk nie......hohohohoho.....kalaw nk taw korang2 kne la p cari mr.R tuh' kot2 la mr.R tu leh ckp kt mane....huahuahuahua
aah la Izman!
tapi mr R tu poyo sket.
siyess...
da terlepas cite, pas2 bile suh cite xmau lak..
aiihh..
hahahaha...
kalu mcm 2 i tau la sape.....
hahahaha....
dok citer psl tulang rusuk ni lapor la plak kn....
mn nk cari sop tulang rusuk ni?????
aik camtu plak ke.....hurmmm kalau camtu jgn tanye mr.R tuh tanye je kt daniel....confirm die taw....huahuahuahua....senyum sket! mr.R tu poyo gile kan.....hihihiih
casper_86::
hahahaha..
ini suda lebey mau makan sup rusuk plak.
Izman::
wah.. jgn kan daniel, baek tnya "D" je trus kee. kan kan?
hurmm......camtu plak' lebey nampak' casper sup tulang rusok sedap ke? tk penah try la' ade mase leh bawak saya pergi try' hohohohoh senyum sket!!
ape sup tulang ni..?
hurm...
Post a Comment